Wednesday, January 18, 2012

Mungkin sudah suratan kita...

...terpisah sebegini saja, pasti di suatu hari nanti, ku jejak bahagia - Lara Lagi (Adira)

Salam semua. :)

Entah kenapa hati rasa mahu menangis semahunya tapi akal dan minda menghalang, katanya, tidak perlu tangisi.  :) Maka sehingga ke saat ini, saya masih manahan rasa. Apa yang tidak kena, saya sendiri tidak temui jawapannya. Cuba diselam sedalamnya hati tapi masih tidak dijumpai. Maka, dibiarlah ia begitu sahaja tanpa sebarang jawapan.

Bergenang air mata melihat kebahagiaan orang lain, bukan sedih, tapi turut merasa bahagia bersama.
Bergenang air mata melihat kesedihan orang lain, memandang diri sendiri, ada yang lebih terseksa dari diri ini.
Saya bersyukur, masih punya kebahagiaan dan kesedihan saya sendiri, bersyukur masih punya peluang untuk merasai semua ini. Alhamdulillah. :)
********************************

Untuk seorang rakan,
Saya seakan pernah berada dalam situasi anda, dan juga seakan telah melakukan beberapa perkara yang anda sedang lakukan sekarang. Percayalah, apa yang anda sedang lakukan sekarang, mengeruhkan lagi keadaan hubungan yang anda cuba kekalkan. Kalau boleh saya tidak mahu anda rasa menyesal di kemudian hari. Sekurang-kurangnya, bersyukurlah, dia masih mahu menghubungi, dia masih melayan. Jangan mendesak, jangan. Jangan mengungkit, jangan. Itupun sekiranya awak masih sayangkan hubungan yang kini bergelar "kawan" dan bukannya "kekasih". Berada dalam situasi sekarang, ternyata, saya menyesal dengan tindakan-tindakan saya dahulu. Dia bukan lagi seorang yang saya masih hubungi. Bukan lagi dan ia bukanlah permintaan saya. Ia berlaku dek situasi yang mendesak kami; tanpa saya relai. Saya pasti, anda juga tidak mahu ia terjadi begitu. Biarkan ia berlalu. Biarkan semua ini pergi dari sisi awak sedikit demi sedikit. Jangan biasakan diri anda hubungi dia sepertimana anda lakukan sebelum ini kerana anda tidak mahu bergantung pada dia lagi dan memberi harapan pada diri anda terhadap dia. Bangkitlah. Saya tahu, situasi kita tidak akan pernah sama, cukup berbeza. Tapi saya bersyukur melihat anda dan dia berterus-terang pada satu sama lain, berbincang bersama membuat keputusan yang pahit untuk ditelan ini. Terimalah kenyataan andai anda bukan untuk dia. Semakin anda menyakiti hati dia, semakin anda menyakiti diri anda sendiri. 




p/s: tak suka filem Ombak Rindu tapi suka soundtrack Ombak Rindu. :)

2 comment(s) from them.:

ra|nbOw said...

i am 100% agree with your p/s. and sedihnya post ni. Hurmmm. tp, dah kuatnya semua ni, menjadikan kawan aku :)

ainaaamira. said...

Kann ? Soundtrack Ombak Rindu sangat menusuk kalbu. Best ! :)
Akan sentiasa :). InsyaAllah. hee.