Monday, January 25, 2016

Terkadang di atas, terkadang di bawah.

Assalamualaikum w.b.t. :)

Kadang kau rasa kau dah di atas. Tapi sebenarnya kau masih tersangkut di bawah. Ya, aku masih di bawah.

Alhamdulillah. Syukur aku rasa. Walau aku sungguh tak sangka. Selama ini aku hanya berdiam, pendam rasa. Tapi yang perhatikan lebih bersuara tanpa aku pinta. A 'green light with conditions' that I never expected. Sungguh. Memang aku tak punya waima secalit harapan untuk itu. Memang tiada. Sentiasa aku berputus harap, hanya mampu berdoa agar ada pintu harapan dibuka suatu hari nanti untuk aku.

I've never that lucky in it, maybe.
Aku sendiri tidak faham. Mungkin ini hanya suatu ujian dariNya untuk aku lebih mendekatiNya. Mungkin. Mungkin ini adalah satu anugerahNya untuk aku. AllahuAkhbar. Aku hanya minta hati yang kuat untuk segala kemungkinan. Mungkin belum masa aku lagi. Mungkin. Aku hanya mahu kekuatan. Itu sahaja. Dan aku tahu Dia tak akan menguji hambaNya  lebih dari kemampuan hambaNya itu. Dengan izinMu ya Allah, aku terima segala ujianMu terhadap aku.

Mixed feelings.
Antara senyum dan tawa atau tangis dan sendu. Di mana aku letak hati sekarang? Aku pun tidak tahu. Lebih kepada berduka. Pujuk hati, pujuklah diri. Macam biasa, masih berseorangan. 

Kadang kau rasa kau di bawah. Tapi sebenarnya kau sedikit demi sedikit sudah mahu sampai puncak. Ya, aku masih meniti. Setakat aku mampu. 

P/s: dan aku jua masih belum punya jawapan.

No comments:

Post a Comment