Wednesday, January 14, 2015

Redha.

Assalamualaikum w.b.t. :)

Saya cuba untuk membuatkan entri ini sehabis baik adalah dari hati dan jujurnya tiada yang ditokok tambah mahupun diselindungkan. InshaaAllah.

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku sudah agak selepas hampir setahun, ini adalah perkara yang mesti aku lalui walau apa adanya. Akhirnya masa dia sudah sampai. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan sepenuh hati saya. Entah bagaimana saya rasa, ini adalah saalah satu persoalan yang saya kerap bertanya pada diri sejak sekian lama. Hampir tujuh tahun kira-kiranya. Saya tak sangka, saya dapat tahu dengan begitu tenang sekali. Tanpa ada lelehan air mata, saya hanya tersenyum (dan masih mampu lepaskan tawa) pabila cemek kesayangan saya beritahu tentang ini. Perasaan saya...lega, sungguh lega. Akhirnya masa dia sudah sampai, dan seperti yang Allah s.w.t janjikan, takkan ada waima sesaaat akan terlambat mahupun tercepat pabila datangnya jodoh buat diri kita. Masa saya mungkin entah bila tapi sungguh, bahagia dia dapat saya rasa. Pasti saya tipu andai kata tiada sedikitpun rasa cemburu. Ada! Memang ada tapi bukanlah ke arah keburukan. Cemburu yang membuatkan saya positif untuk tidak berputus asa berdoa untuk dapat bahagia yang sama.Saya tahu, saya mungkin tak kuat untuk melihat foto-foto dia nanti. Mungkin. Sebab itu apa yang saya pernah takutkan suatu masa dahulu walau betapa saya mahukan dia bertemu jodoh dulu sebelum saya. Doa saya dimakbulkan Allah s.w.t...untuk melihat dia berumahtangga dahulu sebelum saya. Saya bersyukur doa itu diperkenankan kerana inilah turning point dalam hidup yang agak besar bagi diri saya. Saya tahu saya pernah berharap untuk saya masih berjodohan dengan dia walau kami tidak lagi bertegur sapa bila terjumpa/terserempak, apatah lagi di alam maya. Tiada komunikasi langsung antara kami. Tetapi dia tetap antara anugerah terbesar saya pernah ada. Yang pernah buka hati untuk sayang, setia, percaya dan semuanyalah. Andai ada yang tertanya-tanya, apa perasaan saya yang sebenarnya -- kosong. Tiada duka cuma mahukan ini semua cepat berlalu dan nantikan masa saya pula. Cumanya saya berharap agar tiada yang sibuk bertanya. Kadang-kadang dari pertanyaan anda semua itulah yang menjurus kepada pemikiran negatif di benak fikiran saya. Dari tiada fikirkan apa-apa, jadinya seorang prejudis nanti. Haha.  

p/s: heavy workloads set me free.

No comments:

Post a Comment