Saturday, July 25, 2015

Kalaulah ia semudah ABC.

Assalamualaikum w.b.t.

LOVE...
Dalam Bahasa Melayu maksudnya sayang/cinta.

Sayang dan cinta itu adalah dua perkara berbeza bagi aku.
Semua orang boleh mengekspresikan rasa sayang. Tapi tidak semua boleh menyatakan rasa cinta

Maksudnya?
Sayang tu boleh dirasa pada semua orang tak kira apa. Tapi rasa cinta itu adalah satu perasaan sayang yg lebih mendalam kepada seseorang. Ini bagi aku. Sebab tu aku susah nak beritahu yang aku 'cintakan' seseorang.

Dan untuk kau.
Sayang aku masih di paras biasa.
Cinta aku masih belum terasa.

Aku cuma takut kau tersalah faham atas dasar rasa yang aku luah. Aku sayang kau. Sentiasa. Tapi cinta aku masih belum ada yang dapat rungkai. 

Dan untuk dia yang aku sayang.
Cinta aku masih berbekas. Cuma sudah tidak begitu mendalam seperti dulunya. Rasa aku terhadap dia masih bersisa. Masih aku rindu akan dia.

Penat melayan rasa hati yang tak keruan. Sudah aku kata aku terlebih biasa akan keadaan hidup seorang. Tiada perasaan yang harus dijaga melainkan aku sahaja. Ah. Penat. 

Sejuklah wahai hati. Bekukan segala permainan jiwa. Relakan segala kerunsingan. Hidupkan segala rasa yang kau damba.

Aku sayang kau duhai hati.
Aku akan pastikan hanya yang berhak dapat miliki kau. Sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment