Sunday, November 12, 2017

Yang termampu.

Assalamualaikum w.b.t. :)

Penat.
Aku betul-betul penat.
Dengan perasaan, dengan hati yang masih tak pernah lupa, dengan emosi yang berubah hampir setiap masa.

Dia,
Bukan yang aku jatuh hati dulu.
Lain benar dia. Jauh dari apa yang buatkan aku tetap masih cinta sampai sekarang.
Apa masih punya pandangan yang sama? Atau nafsu semata? Atau hanya kasihan? Dan pasti, tiada cinta lagi.

Jika betul dia masih perlukan, dia pasti akan kembali.
Jika betul dia masih punya rasa, dia tak akan betah buat aku begini.
Tapi aku siapa?
Aku siapa pada dia?
Untuk dapat segala usaha itu dari dia?

Kata orang, selagi aku menggenggam, selagi itu sakitnya aku rasa.
Maka, perlu aku lepas dia sesungguhnya.
Apa aku punya daya itu?
Sungguh aku tak pasti.
Kerana hati terlalu rapuh. Terlalu sakit.

Air matalah yang jadi peneman kerana itu sahaja yang mampu aku buat bila aku bersendirian.
Selebihnya? Orang tak akan pernah tahu segala usaha yang aku cuba buat.
Sekarang ini, masa ini, sepatutnya sudah lama aku lepas.

Tapi sampai bila?

p/s: lemas.

No comments:

Post a Comment