Sunday, April 3, 2016

Cepatlah.

Assalamualaikum w.b.t. :)

Kadang aku sengaja, biar ku dilihat bodoh.
Kadang aku sengaja, biar ku dianggap jahat.
Tapi...
Andai kau tahu, kebodohan aku itu adalah untuk buat kau bosan.
Andai kau tahu, kejahatan aku itu adalah untuk buat kau pergi.
Sebab hati aku dah mula mencair dari bekunya dek kecewa.
Perasaan itu datang kembali.
Walau sudah jatuh berkali, bila aku sudah tetap hati.
Aku sudah tak sanggup untuk lepaskan lagi.
Jadi,
Aku cuma mampu buat kau membenci agar kau sendiri pergi.
Dan bukan aku yang putuskan kau dari sisi.

Cepatlah kau membenci,
Aku sudah tak mampu lagi menyakiti.
Cepatlah kau bosan,
Aku sudah tak punya cara lagi memarahi.
Cepatlah kau pergi,
Agar kau tak menangis lagi.

Jangan salah sangka.
Sayangnya sudah bercambah, hatinya sudah berbunga mekar.
Cuma belum mampu hadap kehilangan lagi bila seluruh hati telah aku bagi.
Kerana dia masih belum tahu apa yang dia mahu.
Dan aku cuba bertahan selagi mampu.
Selagi dia tidak putus harap pada aku.


P/s: kecewa.

No comments:

Post a Comment