Assalamualaikum w.b.t...
Terkadang hati ini paling remuk dihenyak teruk.
Menangis lagi.
Kerana tak siapa bisa fahami akan rapuhnya ia.
Terkadang hati ini paling teguh pasrahnya realiti.
Menangis lagi.
Kerana tak siapa bisa rungkai apa yang tegakkan dia.
Terkadang hati ini paling sunyi disapa angin.
Menangis lagi.
Kerana tak siapa bisa lagukan melodinya.
Hilang aku, hilang arah.
Sunyinya aku semakin parah.
Mencari erti segala rahsia.
Yang kekal pendam.
Dalam jiwa.
2305hrs
081216
Sang kerdil.
No comments:
Post a Comment